1 ) Tiada Cetakan Berlaku / Cetakan Tidak Terhasil .
- Penyebab : Pita yang terdapat pada pencetak atau pengerak ribbon tidak dapat berpusing.
- Penyelesaian : Anda perlu periksa kedudukan pita pencetak, sekiranya tiada masalah, pastikan pengerak ribbon bergerak secara normal iaitu ianya tidak berpusing semasa kepala bergerak ke kiri dan ke kanan.
2 ) Kertas Tidak Masuk Pada Pencetak.
- Penyebab : berkemungkinan penderia ( sensor ) tidak dapat membaca kehadiran kertas atau roller tidak berfungsi berkemungkinan roller anda patah pada matanya pengeraknya.
- Penyelesaian : Bersihkan penderia dan roller/ jika roller anda patah pada mata pengeraknya, anda perlu melakukan sedikit modifty supaya hujung mata tersebut berhubung pada pengerak roller.
3) Cetakan Terpotong/ Tidak Sempurna.
- Penyebab : jarum pada kepala pencetak ( print head ) kotor atau tersumbat disebabkan anda jarang menggunakan printer, maka ink yang terdapat pada cartridge akan keras.
- Penyelesaian : Buka kepada pencetak dan periksa titik pin yang berada pada sisi depan sekiranya berlubang atau anda periksa jalur pada kepala pencetak sekiranya terputus,
- Anda juga boleh mencuba merendamkan kepada pencetak anda/ catridge anda ke dalam air panas ( amaran : rendam hanya separuh jangan penuh,supaya mata pencetak dibawah tersentuh dengan air panas, dimana ink yang keras akan cair.
- Jika kesemua penyelesaian diatas telah anda lakukan, makan hasil masih sama, seelok anda tukar kepala pencetak/cartridge yang baru.
4 ) Semasa cetakan dilakukan, kepala pencetak anda melompat-lompat / cetakan melompat-lompat.
- Penyebab : ianya disebabkan tidak lancarnya gerakan kepala pencetak ke kiri dan ke kanan/ atau metal rail anda tidak tegang.
- Penyelesaian : Bersihkan metal rail menggunakan cecair, lap dengan kering atau pastikan matel rail anda tegang, dimana fungsi metal rail mengerakkan kepala pencetak/catridge semasa proses cetakan berlaku.
5 ) Cetakan Laser/ Mesin Photostat anda berbelang-belang.
- Penyebab : Drum kotor, berkemungkinan kerana kekerapan menggunakan mesin dan disebabkan oleh cara pengguna menarik kertas yang tersangkut.
- Penyelesaian : Cuba bersihkan kotoran yang terdapat pada drum sekiranya tidak berjaya anda perlu tukar baru.
- Nota : Sesetengah drum dilekatkan sekali bersama toner, jadi anda perlu menukar toner baru, sekiranya drum tersebut bermasalah.
No comments:
Post a Comment