Monday, 16 April 2018

 

MEMULAKAN LANGKAH KESELAMATAN


Langkah pertama bagi melindungi computer bermula dengan penggunaan komputer yang anda percayai. Sekiranya anda membeli computer baru daripada penjual yang terkenal anda boleh mempercayai komputer tersebut dan perisian yang telah ada padanya. Sekiranya anda membeli komputer terpakai, jangan percaya kepadanya. Pemilik asal komputer tersebut mungkin telah sama ada dengan sengaja atau tidak,meletakkan virus pada komputer tersebut. Tiada gunanya anda mengambil langkah keselamatan ke atas computer yang telahpun diserang virus. Langkah pertama yang harus diambil selepas mendapatkan computer terpakai adalah membuat format-semula cakera keras dan memasang semula sistem operasinya (minta pertolongam seseorang yang anda percayai untuk melakukan proses ini sekiranya anda tidak pasti caranya).

No comments:

Post a Comment